Wow, aku update blog pada pukul 1Pagi semata-mata untuk mengatakan yang followers blog aku sudah mencapai angka 400 ! Selain itu, fan page blog aku juga sudah mencecah 90 orang !
Alhamdulillah :) Semua ini tidak akan berlaku jika aku tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebarkan kepada semua tentang kewujudan blog aku . hehe
Tanpa membuang masa , aku akan me-review dua buah blog iaitu yang pertama sekali merupakan followers ke 400 blog Mohd Zakwan :
Tak pasti samada gambar "Thank You" tu merupakan header,hehe
Entri menarik di Blog Bidadari Jelita : - Tudung Pelik
Wow , aku amat tertarik dengan entri itu .Walaupun tuan rumah jarang update blog, tetapi bila aku scroll sikit ke bawah untuk membaca entri nya yang terdahulu , memang banyak pengajaran . Di sebalik gaya tulisannya yang santai, ia boleh memberikan pengajaran kepada kita semua terutamanya buat kaum hawa zaman sekarang ini .
Diharapkan pemilik blog Bidadari Jelita rajin untuk terus update blog dengan pengisian2 yang bermanfaat .hehe :)
Seterusnya merupakan peng-like ke 90 fanpage Blog Mohd Zakwan di Facebook iaitu :
Header blog Tengku Nizam
Setelah beberapa minit je aku post di Group Sahabat Blogger di Facebook mengenai aku menunggu ketibaan peng-like ke 90 fanpage blog Mohd Zakwan, 3 Orang sekaligus Like tetapi Tengku Nizam lah yang paling laju dalam kalangan mereka bertiga ! Tahniah Bro !! hehe
Blog Tengku Nizam ni menggunakan flash header , yang satu hari nanti aku pun berharap akan ada flash header sendiri . Bro tempah header kat mana ? Atau buat sendiri ? Saja tanya.
Cuba baca entri ini , Tempat Elak Dari Musuh dan juga entri ini, Pengguna Internet Explorer(IE) Orang Yang Bodoh ? .
Aku tak tahu pulak yang sesiapa menggunakan IE adalah rendah IQ nya. Selamat aku guna Google Chrome , IE ni dah la lembap ..hehe
Teruskan menulis entri yang best2 ! Aku akan sentiasa singgah insyaAllah :)
Dah habis ke blog untuk direview ?? Ehh, ada DUA lagi .
Blog nya comel2 je . Header pun lawa juga , dan kalau korang singgah ke blog [dia], nanti akan nampak hamster comel sedang bergerak-gerak di sebelah kanan blog .Alololo, cute nya .hehe .
Direview atas permintaan . hehe
Alamak , kesilapan teknikal . Sebenarnya, peng-like ke 90 blog Zakwan adalah :
Mintak maafnya, boleh tersilap orang pulak. hihi
Blog Ayu Arifin simple2 je . Pengisian entri pun santai je dan kebanyakan entri adalah mengenai personal punya hal . Latest entri di blog Ayu : Berpuasa dan Bersahur Di Rumah Mama Memang Terbaik . Wahh , kat kampung dia masih mengamalkan gendang soq iaitu apabila waktu bersahur, sekumpulan remaja akan pergi ke lorong2 setiap rumah dan bergendang sampailah tuan rumah buka lampu tanda dah bangun dari tidur .hehe , terima kasih , baru je tahu apa itu gendang soq dari blog Ayu :)
Sekian sahaja blog yang direview untuk hari ini . Kepada mereka semua yang direview, sentiasalah stay update dengan blog Zakwan . Jangan lepas dah direviw, korang dah tak mau lagi singgah ke blog aku. Fine .. Taknak kawan ..hehe
Peace (Y)
p/s : terima kasih kepada semua followers dan juga peng-like blog Mohd Zakwan . Aku amat menghargai korang semua. Tanpa korang , blog ini mungkin tidak akan hidup dan pemiliknya juga mungkin akan patah hati sebab takde orang nak baca .hehe
4 comments:
hahahah..thz ye....terharu ni
Cik Ayu : cewah , sampai terharu dibuatnya .hehe , thanks nye follow blog ZAkwan :D
hehe congrates bro :)
keep blogging ya ^^
Thanks ye . Alif pun keep blogging too :D
Post a Comment