Seven Colour Crystal Ball Diharamkan Untuk Penjualan

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Sumber : Kosmo

PUTRAJAYA - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan seeds growing kits yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun dipercayai akibat tertelan SCCB.

"SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaharu di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Menurut beliau, berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati, barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Katanya, kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan.

"Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 sentimeter tetapi apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu, kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta melupuskan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan.

"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Bernama

p/s : Waktu sekolah rendah dulu, aku selalu beli Crystal Ball ni. Best woo main benda ni, bentuk asal nya macam ni :

Bertukar jadi besar macam ni :

Tak ke awesome tuh ? Tapi nak buat macam mana, dah kementerian nak haramkan :P

Sekian. Peace (Y)

4 comments:

Unknown said...

aq pn slalu beli

Mohd Zakwan Zain said...

ouh yeke . nampaknya sama la kta..hehe

ChocoBun said...

ayah aku cakap boleh pecah perut ohh

Mohd Zakwan Zain said...

Choco Bun : aku tahu tu ,