Jadual Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Minggu lepas , baru je pelajar-pelajar tingkatan 3 mengambil peperiksaan percubaan PMR 2011. Amacam ? Senang tak paper ? Dah dapat result belum ? Kongsilah bersama dengan aku , hehe
Kalau result tidak berapa memberansangkan , jangan risau . Masih ada lagi sebulan lebih untuk korang belajar dan bersedia bagi menghadapi Kertas Sebenar Peperiksaan PMR .

Di bawah ini merupakan Jadual Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) bagi tahun 2011 :
4/10/2011 : -Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am)
-Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
-Pendidikan Islam (2.30 – 4.30pm)

5/10/2011 : -Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am)
-Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
-Geografi (2.30 – 3.45pm)

6/10/2011 : -Science Kertas 1 (8.10 – 9.10)
-Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
-Sejarah (2.30 – 3.45pm)

10/10/2011 : -Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am)
-Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
-Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

11/10/2011 : -Bahasa Arab (8.10 – 10.40am)
-Bahasa Cina Kertas 2/Bahasa Tamil Kertas 2/Bahasa Punjabi (8.10-10.10am)
-Bahasa Iban Kertas 2/Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am)
-Bahasa Cina Kertas 1/Bahasa Tamil Kertas 1/Bahasa Iban Kertas 1/Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di Kementerian Pelajaran Malaysia .

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyenaraikan beberapa tips yang boleh korang amalkan sebelum menghadapi peperiksaan :

1. Ada buat salah kat ibubapa mahupun guru ? Minta maaf kat diorang semua awal-awal , biar pelajaran kita berkat dan senang masuk otak.

2. Pernah buat silap kat kawan-kawan ? Minta maaf juga, mana tahu diorang ada berdendam.

3. Kurangkan Online atau Jangan Online langsung , nanti teringat facebook/youtube/blogger/etc je waktu belajar nanti. hehe

4. Buat soalan trial PMR dan soalan PMR sebenar tahun-tahun yang lepas.

5. Jaga tingkah laku , buat baik kat orang selalu . Nanti diorang akan doakan kebaikan untuk kita.

6. Dah berusaha , sekarang kita bertawakal kepada Allah SWT . Banyakkan Amal Ibadah !

Tiada niat aku hendak berbangga , tetapi aku melakukan semua perkara di atas dan alhamdulillah , aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR .
Kalau aku boleh , korang pun mesti boleh kan ?
Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan PMR 2011, aku harap korang semua dapat melakukan yang terbaik khasnya buat GEORGIAN ! Harumkan nama sekolah ye :D

gambar pinjam dari google,hehe
Sekian. Peace (Y)

13 comments:

Anonymous said...

da dpat result dah .. tpi trial negeri sembilan susah sikit la

Mohd Zakwan Zain said...

Nidia : wahh cepatnya komen, baru je Zakwan publish ni .hehe . amacam result trial ? trial NS susah eh ? mungkin kementerian ingat pelajar2 NS pandai kot, hehe :D

Anonymous said...

haha .. ye ke? tapi x pe lah kalau trial susah .. lagi bagus .. sbab PMR nanti die senang sikit dari trial kan ,, zakwan dah lpass pmr kan?

Anonymous said...

lor.. percubaan sy smua A, camne ni? hehex..

Mohd Zakwan Zain said...

Nidia : zakwan baru je amek PMR tahun lepas . hehe , btw, good luck :D

Mohd Zakwan Zain said...

Fezul : tahniah . jangan nak bangga sangat , PMR sebenar down baru tahu . hehe ,

teDD said...

tahniah..btw cantek header:)

Mohd Zakwan Zain said...

Tedd : tahniah ??
Thanks puji header blog aku .hehe :)

Luqeem™ said...

snang je..haha

Unknown said...

ingatkan tu result tuan punya blog :)

Mohd Zakwan Zain said...

Luqeem : senang la sangat .hehee

Ini Kisah Tia : memang tu result PMR zakwan pun , hehe :)
gambar je pnjm google :P

K said...

dah dapat dah, huhu T__T

Mohd Zakwan Zain said...

hadoi , Sergeant umor dah berapa la pulak :P