Pesanan Aku Sempena Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)


Ingat pesanan upin dan ipin tu,hehe

Tengok tak pengumuman puasa di tv tadi?Alhamdulillah,besok akan bermulanya puasa dan waktu puasa pada tahun ini sungguh cantik kerana start puasa hari Isnin(permulaan hari setiap minggu) bertarikh 1 Ogos(permulaan bulan Ogos).
Tarawikh pula akan bermula malam ni,pergi solat ye!Aku update ni pun dekat masjid sambil tunggu solat tarawikh nak start.hehe

Pada bulan puasa ni,banyakkan amalan-amalan mahmudah seperti : berzikir,bersedekah,membaca al-Quran,etc.
Jauhi amalan2 mazmumah:mencuri,mengumpat,melakukan onani,etc.
Bukan bermakna pada bulan ramadhan je kita banyak melakukan ibadah,sepanjang masa juga kita perlu melakukan ibadah!kita tak tahu bila malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita,kita tak tahu bila kiamat akan berlaku,jadi sentiasalah bersedia dengan bekalan amalan di dunia untuk dibawa ke akhirat kelak.

Tips di bulan puasa:
1.Kalau haus,banyakkan mandi.
2.Kunci peti ais,takut orang curi2 makan.hahaha
3.Jahit mulut kalau rasa mulut macam nak mengumpat/memfitnah.hihi
4.Jangan terlampau aktif bersukan atau bergerak,takut cepat lapar nanti cepat nak berbuka pulak.hehe

Sekian.Peace(Y)
P/s:Bagi lelaki,puasa biar penuh!tiada alasan kecuali kalau korang uzur/sakit sangat2.Kalau perempuan takpela ,ada 'kes khas' ,hehe.

Origami Kertas Paling Awesome Pernah Aku Jumpa !

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

2 Minggu lepas, ada kawan aku sorang ni datang dan bagitahu yang dia minat origami. Dia belajar origami yang jiwang-jiwang woo, macam origami Heart sebab dia nak kasi awek dia . hehe
Aku bukan nak bercakap pasal kawan aku ni .Tengok gambar2 di bawah ni , ini merupakan origami paling hebat pernah aku jumpa sepanjang hidup aku !Dan paling bangganya , aku boleh buat origami ini malah dah ajar kawan-kawan aku kat sekolah <-- Bajet je, hoho


Itulah origaminya ! Aku cakap itulah origami paling awesome pernah aku jumpa sebab origami ni lain daripada yang lain . Ianya boleh berubah-rubah dan mudah untuk membuat origami ini ..
Bentuk yang asal ialah bulat , kemudian berubah menjadi shuriken (macam dalam gambar) .
Nak belajar tutorial origami di atas ? Jom layan video ini ..ikuti step betul2 ye..


Selesai dengan origami di atas, origami Boomerang pula ..
Tahu kan boomerang tu apa ? kalau tak tahu , klik SINI , ehh silap , klik SINI .hehe
Tak yah membazir duit untuk beli boomerang, baik korang buat sendiri dengan menggunakan sehelai kertas sahaja ! Gambar di bawah ni contoh boomerang yang diperbuat daripada kertas :


Korang berminat nak belajar ? Ikuti tutorial di video ini ..


Awesome kan ? Memang betul kata orang yang buat tutorial boomerang tu , mungkin korang akan leka bermain boomerang selepas berjaya membuatnya .. Aku main nak dekat 1 Jam kot , sampai berpeluh sakan ..haha , takde keje =,=

Sekian perkongsian aku buat hari ini .. Peace (Y)
p/s : Kalau origami anda tak menjadi, cubalah sampai menjadi ! Ingat , Practice Make Perfect :D

Cara Buat Status Warna Biru di FB Tanpa Like Page

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Lagi satu entri mengenai Facebook iaitu cara buat status/tulisan warna biru TANPA LIKE PAGE ! Sebelum tu , kat bawah ni trick FB lain yang pernah aku tulis .. Kalau nak baca , just klik je Link di bawah :


Okay , kita berbalik kepada topik . Kat bawah ni merupakan contoh status tulisan facebook warna biru yang menjadi kegilaan di kalangan pengguna facebook sekarang ini :

klik gambar untuk zooming

Tetapi selalunya kalau nak buat tulisan biru , kita kena like dulu Page yang kita nak guna ayatnya . Tidak perlu lagi menyusahkan diri korang untuk like page2 demikian, ikuti step-step yang berikut :

1. Pastikan diri anda login ke Facebook dahulu , kemudian like page INI .

2. Copy code di bawah ini dan paste di kotak share status Facebook .
@X[184559744940365:WRITE TEXT HERE]

3. Dalam code di atas, WRITE TEXT HERE tu korang ubah dengan ayat yang korang hendak jadikan ke tulisan biru .

4. Lepas dah ubah ayat, dalam code di atas terdapat huruf "X" di sebelah "@" tu kan ? Korang delete huruf "X" tu dan dah boleh publish status tersebut !
Contoh code setelah di ubah : @[184559744940365:Aku orang gila yang suka tengok Patrick buat lawak kat cite SpongeBob Squarepants :D]

Lihatlah hasilnya! Aku first time buat pun dah menjadi. Kalau tak menjadi, baca step di atas betul2 ye. Ada apa-apa pertanyaan, boleh la tanya di ruangan komen :)
Sumber : Blog Saiful

Kalau rasa entri ini berinformasi , bolehlah Like dan Share dengan rakan-rakan anda . Dapat manfaat bersama :)
Sekian.. Peace (Y)

PERHATIAN : TRICK INI SUDAH TIDAK BERKESAN LAGI . SILA GUNAKAN TRICK YANG TERBAHARU . KLIK SINI UNTUK BELAJAR CARA TERBARU BUAT TULISAN BIRU DI FACEBOOK

GA Hosting+Free Domain By Bro Framestone


Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Alamak , hari ni dah 28 Julai 2011 !! Hari ni merupakan tarikh akhir GA ini berlangsung .
Siapa yang tak nak benda free kan , hehe
Hosting dan free domain ni bernilai RM100 tau ! Jangan main2, mahal juga tu .

Jom like Page Bro Framestone ni banyak2 .hehe
Dan jangan lupa add Bro Framestone di Facebook juga .
Nama domain yang aku hendak dan idam-idamkan ialah ...

Ringkas dan mudah untuk diingati .hehe :)

Jom lah join ramai-ramai sebelum contest ini ditutup hari ni (28 Julai).
KLIK SINI untuk Join ..
Pemenang dipilih secara rawak melalui random.org <-- Tak sure Website ni
Jadi harap-harap Zakwan menjadi blogger yang bertuah untuk memenangi GA ini .
Kalau tak menang , Bro Framestone buatlah lagi GA sampai aku ada menang..hihihi
WISH ME LUCK :D

Sekian.. Peace (Y)
p/s: Entri ini ditaip pada 28 Julai 2011 dan di-publish tepat pada pukul 10.55PM :)

Trick:Unlock Tema TERSEMBUNYI di Windows 7

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Kebanyakan pc/laptop TERBARU sekarang ni banyak menggunakan sistem operasi windows 7. Banyak kebaikan menggunakan windows 7 ini , dan salah satu kebaikannya ialah gambar background(desktop) boleh tukar2 secara automatik !! Mungkin korang dah bosan dengan theme yang sedia ada di windows 7, sebenarnya ada HIDDEN THEME /TEMA TERSEMBUNYI di windows 7 ! Tak percaya , cuba korang ikuti step-step yang berikut :

1. Buka application Notepad .

2. Copy code di bawah ini dan paste di Notepad.

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Themes\InstalledThemes\MCT] “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-AU\\Theme\\AU.theme”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-CA\\Theme\\CA.theme”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-GB\\Theme\\GB.theme”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-US\\Theme\\US.theme”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-ZA\\Theme\\ZA.theme”=””

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Wallpapers\KnownFolders\Windows Wallpapers\MergeFolders] “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-AU\\Wallpaper”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-CA\\Wallpaper”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-GB\\Wallpaper”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-US\\Wallpaper”=”” “%windir%\\Globalization\\MCT\\MCT-ZA\\Wallpaper”=””

3. Save file ini dengan nama allregional.reg dan tutup.

4. Buka file allregional.reg tu balik .Nanti akan terkeluar Popout , tekan je butang Yes.

5. Sekarang, klik kanan pada desktop anda dan pilih personalize. Cuba lihat, tema terbaru telah tersedia untuk anda digunakan .

Kan betul ada theme tersembunyi untuk windows 7 :D Kalau tak menjadi , sila baca semula step2 di atas dengan teliti.

Mungkin lepas beberapa hari anda menggunakan tema tersembunyi windows 7, anda akan berasa bosan ? Pergi ke link - INI - untuk download theme2 khas untuk windows 7.

sumber : pctipstricks

Harap entri ini membantu untuk "mencantikkan" sikit background pc/laptop korang yang menggunakan operasi windows 7. Kalau rasa entri ini berinformasi, klik Like dan Share untuk berkongsi dengan rakan2 anda . Dapat manfaat bersama :)

Sekian.. Peace (Y)

p/s : mintak tolong klik iklan2 di bawah ini ye. Terima kasih buat mereka yang sudi klik :D

-ChurpChurp

-Says.my

Tukar ke Chatbox FB yang Lama Untuk Pengguna Chrome dan Mozilla

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Perasan tak yang reka bentuk chatbox Facebook sedikit berbeza berbanding yang dulu ? Aku baru perasan ni 2 minggu yang lalu . Pada pendapat aku, chatbox FB yang terbaru ni SUNGGUH MENYEMAKKAN PANDANGAN dan jiwa raga ku . Itu hanya pendapat aku sahaja , hehe . Bagi yang bersependapat dengan aku , aku ada berita baik untuk disampaikan kepada korang semua ! Anda semua boleh menukar Chatbox FB yang terbaru ini kepada yang lama !
Ikuti tutorial yang berikut bagi pengguna GOOGLE CHROME :

1. Buka Google Chrome .

2. Facebook Sidebar Chat Reversion <-- Open in New Tab dan install.

3. Log In Facebook anda , Log Out semula dan Log In balik !

4. Selesai . Lihatlah hasilnya sekarang :D

__________________________________________________________________________

Bagi yang menggunakan Mozilla Firefox , ikuti step yang berikut :

1. Buka Mozilla Firefox.

2. Grease Monkey <-- Install add on ini di Mozilla Firefox anda .


3. Bila korang dah Add To Firefox, teruskan dengan installation dia. Nanti ada keluar bubble ini pulak :

4. Klik pada Install . Nanti tekan Restart Firefox atau tutup je terus Firefox tu.

5. Dah siap install Grease Monkey ,pergi ke link {INI} pula dan Install.

6. Selesai !! Log Out Facebook dan tutup Firefox anda . Lihatlah hasilnya ..Kalau tak menjadi, sila baca step2 di atas dengan teliti :)

Harap-harap anda semua faham tutorial ini . Kalau ada apa2 pertanyaan, boleh tanya di ruangan komen, aku akan CUBA sedaya upaya untuk menjawab pertanyaan anda semua.hehe
Kalau suka entri ini , Like dan Share lah bersama dengan kawan anda . Dapat manfaat bersama :)
THANKS A LOT TO : Haris Kaito dan Syed Graphix !korang memang terbaik laa !!

Sekian.. Peace (Y)
Mintak tolong jasa baik korang semua untuk klik Iklan2 di bawah ini .Mintak tolong sangat2 :D
Thanks kepada yang dah klik !

Tonton Movie PALING TERBARU Secara Percuma

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Setakat ni , movie yang paling terbaru aku nak tengok sangat2 ialah Harry Potter and The Deathly Hallows 2 . Kalau nak tengok kat wayang ,bajet lari pula .hehe
Nasib baik lah aku tahu satu website ni yang menawarkan MOVIE PALING TERBARU untuk ditonton oleh pengguna internet di seluruh dunia. Serius FREE dan gambarnya boleh tahan lawa kalau korang pandai pilih Link !

Nah, besar-besar aku bagi link untuk tonton latest movie secara online :D


Mesti korang pelik kan kenapa ada 3 Link yang sama ?
Klik je mana-mana antara 3 tu , sama je .haha , takde keje aku ni =,=
Setahu aku , kita hanya boleh MENONTON SAHAJA movie di website letmewatchthis .Kalau nak download kena bayar untuk beli Premium Account kot..
Jom ikuti step-step tersebut untuk memilih Link yang sepatutnya anda pilih untuk menonton movie pilihan anda :

1. Pergi ke laman web letmewatchthis dan cari dahulu movie yang anda hendak tonton .

2. Dah jumpa movie yang anda nak tonton ? Scroll ke bawah sikit dan anda akan jumpa PELBAGAI VERSION LINK . Sebenarnya semua link adalah sama, cuma Quality Movie je yang berlainan .

3. Tips - pilih movie yang paling banyak VIEWS (macam gambar di bawah ni). Paling banyak orang tonton, maksudnya Kualiti Movie tersebut adalah yang terbaik antara link2 yang lain!!

klik untuk zooming !
Kelajuan Streaming Movie bergantung kepada kelajuan internet anda.

Selain website di atas , kat bawah ini aku akan senaraikan 2 website lain yang menawarkan movie2 LATEST untuk ditonton dan di-DOWNLOAD :

1. zulmovie.blogspot.com - Hanya boleh Download SAHAJA. Movie Inggeris dan Melayu pun ada kat sini !

2. myegy.com - klik SINI untuk belajar tutorial Download movie di website ini

Mudah je kan nak tonton movie terbaru sekarang ni , tak macam dulu , beli DVD lah VCD lah.
Kan jimat duit boleh tonton movie ONLINE :D
Kalau rasa entri ini bagus dan berinformasi, like dan kongsilah dengan rakan-rakan anda. Dapat manfaat bersama ! hehe

Sekian.. Peace (Y)

Mintak Jasa baik korang semua untuk klik iklan di bawah ini. Mintak tolong klik ye , thank you :D

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

klik SINI untuk Join !!


Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Nak dekat 6 Bulan aku berblogging . Itu masih dikira blogger baru kan ? hehe
Aku rasa blog aku layak untuk diFollow dan diBaca selalu sebabnya..
Aku selalu berkongsi trick2, tips2 dan info terkini yang menarik khasnya trick2 mengenai komputer dan internet . Kalau korang baca entri2 tersebut , insyaAllah sedikit sebanyak dapat menolong meningkatkan pengetahuan korang tentang PC dan Internet .
Selain itu, aku juga selalu berkongsi cerita2 menarik dan juga apa yang aku rasa bermanfaat untuk orang baca (kalau tak bermanfaat bagi korang , sorry lah ye ) .
Jom follow blog ni !! Dan stay update for my latest blog post ! hehe :)

Sekian.. Peace (Y)

Cara Pulihkan Serangan Virus Facebook

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Sekarang ni , ramai orang yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menggunakan laman web sosial Facebook sebagai tempat untuk menyebarkan Virus .
Memang takde keje lah orang-orang ni, tak habis2 menyusahkan orang lain =.=
Contoh yang paling biasa cara Virus disebarkan di Facebook :

Suatu hari di kotak chat FB..
“Hi. How are you?”
anda membalas...
“Wanna laugh?”
anda membalas..
“Is it you on the video? want to see?”
Dan dia akan hantar satu LINK untuk anda melihat video tersebut .. JANGAN TEKAN !! VIRUS TU!!!

Tapi , kalau dah tertekan nak buat macam mana ye ? Jangan risau ....
Selalunya, kalau kita tertekan link terbabit, benda yang akan berlaku terhadap PC kita ialah secara automatik akan tertutup sendiri dan akan terbuka semula di dalam Safe Mode..
Ikuti cara-cara berikut untuk mengelakkan PC anda dari terkena Virus :

1. Klik pada butang Start :


2. Cari msconfig :


3. Buka msconfig dan ia akan keluar window seperti ini :



4. Klik pada tab Boot , dan jika benar2 PC anda dijangkiti Virus, ia akan jadi seperti gambar di bawah :



5. Untick pada kotak di sebelah Safe Boot itu :


6. Klik pada butang OK dan sila Restart PC anda . SELESAI !!

Pengajarannya, jangan klik lagi Link2 yang dibagi oleh orang2 yang tak boleh dipercayai. Akibatnya, parah PC anda ! hehe .
Sekian.. Peace (Y)

Kredit kepada Naz's Online Journal kerana menyebarkan informasi yang amat berguna ini . Haris Kaito jugaa !! :D

Download Youtube Video Tanpa Menggunakan Software

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Selalu tengok video kat youtube.com tak ? Kalau tiada internet, macam mana nak tengok video youtube kan? Download video adalah penyelesaiannya. Selalunya, kalau nak download video di youtube, kena guna software seperti youtube downloader . Tapi , kali ini , aku akan ajar cara bagaimana nak download video di youtube.com(website2 lain seperti metacafe.com pun boleh).
Ikuti cara-cara mudah berikut :

1. Pergi ke youtube.com dan search video yang anda hendak download .

2. Copy URL video terbabit . Lihat gambar di bawah untuk mengetahui di mana URL video itu terletak .


klik gambar untuk zoom

3. Lepas dah copy URL video yang dikehendaki, pergi ke laman web ini pula ..
www.keepvid.com

4. Masukkan URL video tadi ke dalam kotak seperti yang dibulatkan di bawah , dan tekan butang Download


klik gambar untuk zoom

5. Pilih format video yang anda hendaki , dan download lah sesuka hati ! he3 :D
Selain youtube.com , website-website di bawah ini boleh juga anda ambil URL videonya dan download di www.keepvid.com :

1. DailyMotion
2. Google Video
3. Megavideo
4. Metacafe
5. Vimeo

Harap korang faham tutorial mudah ini .. Kalau tak juga, boleh lihat video di bawah .


Sekian.. Peace (Y)
p/s : akhirnya, lepas jugak rindu aku nak update blog .hehehe X)

Insaf Aku Apabila Tengok Video Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

Petang tadi aku keluar pergi CyberCafe dengan kawan aku sorang ni .. Kat CC tu , dia bukaklah satu video ni .. Astagfirullahhalazim <---ayat spontan yang keluar dari mulut aku sebaik sahaja aku melihat video ini ..
Tetiba aku rasa macam terkejut , terkaku sebentar sambil menginsafi kekuasaan Allah SWT ..
Tengok video ini , nescaya korang juga akan rasa seperti apa yang aku rasa.


Tajuk Penuh video ini di Youtube : Siapa sangka, Malaikat Izrail datang, ketika bermain Bola (IPH's video).mp4


Waktu aku tengok lelaki tadi tu meronta-ronta, Astagfirullahhalazim ..Dashsyat ..
Si kawan aku yang tunjukkan video tu kepada aku pulak selepas dah habis tengok video tu , dia asyik termenung je , pastu duduk diam-diam dan berfikir sejenak.. Dia siap tanya aku lagi , "Dikwan , kau rasa dah cukup ke amalan kau untuk menghadapi kematian? "
Aku diam jap lepas tu baru lah aku jawab .. "Tak" ...
Soalan yang sama aku ajukan kepada kawan aku .. dia pun cakap "Tak" ..

..............
....................
........................

Malam ni , atau lebih tepat lebih kurang pukul 10.00PM tadi , aku sekali lagi tengok video tersebut .. DAN opsss ..
aku tertinggal untuk membaca sesuatu yang penting berkenaan video itu..

klik Gambar untuk lebih jelas ..

APA KES ?
AKU DAH MULA KONFIUS .
RUPA-RUPANYA SEMUA INI ADALAH TIDAK BETUL .
ORANG YANG INJURED TADI BUKANNYA MATI , TETAPI ...
baca lah sendiri di ruangan komen video itu ..

Walau apa pun , kita mesti ingat , kematian boleh mendatangi kita pada bila-bila masa sahaja ..jadi , kita haruslah bersedia ..
Aku nak ambil kesempatan ini untuk meminta maaf jika di sepanjang aku menaip entri (apa2 juga entri yang aku pernah taip) , ada pihak2 yang terguris hatinya ... Mintak maaf ye , walaupun belum hari raya lagi ..hehe

Sekian.. Peace (Y)

Kejam:Aku Disumpah KAKAK SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Ini cerita betul, dan bukannya rekaan semata-mata.. Sumpahan ini sudah berlaku terhadap aku sudah sekian lama..Rasa-rasanya sejak beberapa tahun lepas dah mula terkena sumpahan ini ,tetapi tahun ini (2011) paling kerap kena sumpah..
Orang yang menyumpah aku merupakan...
KAKAK AKU SENDIRI !! Kejam gila kakak aku, menyumpah adik sendiri !


ketiga-tiga orang tu pakai rambut palsu..yang di tengah tu kakak aku ,haha =.=


Okay , sudah-sudah la Zakwan menjadi terlalu emosional ..ko terkena sumpahan pun sebab kau lawan cakap kakak kau
*bermonolog dalaman

Hahaha, sebenarnya ini bukannya sumpahan betul-betul nya..sumpahan main-main je.. Macam ni ceritanya....
Kakak aku ni ,kalau dia balik rumah (sekarang dia praktikal guru kat Melaka) ,selalu sangat aku kena arah untuk buat itu, buat ini ..arahan paling kerap ialah "Dikwan(nama panggilan kat umah), tolong angah amik air !!"

-.-"
Sehari lebih kurang dua kali aku kena amek air untuk kakak ku yang 'tercinta' ..kalau tak ikut arahan dia..aku akan kena ugut !
Ugut bukan sebarang ugut !aku kena ugut,kalau tak ikut arahan dia, broadband kena tarik ,kejam kan -.-"

Sudah semestinya, kadang-kadang aku takkan ikut arahan kakak aku .Tahu tak apa akibatnya ? Haa ,sekarang ni baru la aku nak cakap pasal sumpahan2 tadi.. Kalau kononnya ,aku tak ikut arahan kakak aku ,aku akan samada - terjatuh ,tersepak sofa atau dinding atau meja(ni paling kerap-.-) atau apa2 objek solid..Akibat paling teruk ialah kena tarik broadband T.T

Serius ,setiap kali aku tak ikut arahan kakak aku, MESTI terkena salah satu sumpahan di atas .Kalau tak kena time tu, beberapa minit lepas tu MESTI akan kena -.-"
Dengar cite aku ,mesti korang pikir aku cite gebang ,deyy, beragak sikit, ini cerita manyak betul ! Haha..

Sumpahan2 di atas mesti akan berlaku di depan mata kakak aku sendiri dan dia akan cakap "haa tu la,siapa suruh tak ikut cakap angah lagi, kan dah kena.. Daulat..Daulat"
Oh yee, kakak aku memang berdaulat ,aku tak tahula jin apa yang melindungi dia ,sampai sekarang aku asyik terkena. Help me T.T

Apa-apa pun, kakak aku ada masanya memang baik gila, ada masanya moody gila(ni aku paling x suka) , dan ada masanya dia akan gila-gila..haha
Kakak aku pun ada blog juga..tapi dah malas nak update..kakak aku memang pemalas pun..haha

Sekian cerita aku ...harap korang enjoy baca kisah mengenai 'sumpahan' yang terkena pada diriku ini..hoho..
Peace(Y)

P/s: aku paling suka time kakak aku balik umah ,laptop dan broadband ada .hohoho :3

Create Keyboard Shortcut For Any Program WITHOUT Software

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Kali ini , aku akan tunjukkan cara bagaimana nak mencipta Keyboard Shoctcut untuk membuka apa-apa program di komputer kita dengan pantas ! Untuk makluman semua, trick ini TIDAK menggunakan apa-apa SOFTWARE . Trick ini juga bersesuaian untuk semua jenis windows .

CONTOHNYA , aku ingin mencipta keyboard shortcut bagi program Adobe Photoshop.
Ikuti langkah-langkah mudah yang berikut :

1. Klik butang START dan taipkan nama program yang anda hendak cipta keyboard shortcut nya (dalam tutorial ini , aku guna Adobe Photoshop sebagai CONTOH).

2. Sekarang, klik kanan pada program tersebut dan pilih PROPERTIES . Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.

photos credit to - pctipstricks.net

3. Di Shortcut Key, masukkan Key yang anda hendak guna sebagai shortcut (dalam kes ini , aku guna P untuk Photoshop).

4. Sekarang , shortcut key untuk anda membuka program Photoshop ialah --> Ctrl dan Alt dan Key ("Key" tu , masukkan shortcut key yang anda telah pilih. sebagai contoh tadi , aku pilih P untuk Photoshop. Jadi shortcut key untuk bukak program Photoshop ialah Ctrl+Alt+P )

5. Tekan butang OK untuk menyimpan shortcut key ini dan lepas tu , boleh la tutup dialog box tu.

Tak susah sangat , memang mudah untuk dipraktikkan . Sekarang , anda boleh membuat shortcut key untuk apa2 sahaja program yang anda suka .. Dapat menjimatkan masa kan,hehe :D
Sekian.. Peace (Y)

p/s : kalau ada persoalan , boleh bertanya di ruangan komen .. ataupun cuba pergi ke link INI

Cara Paling Mudah Untuk Letak FB Share/Like Button Di Blog

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Di setiap entri aku, perasan tak ada butang Share dan Like khas untuk Facebook ?
Korang nak tak macam tu ?
Tutorial yang aku akan ajar harini AMAT MUDAH untuk diaplikasikan. Betul2 senang , tak macam website2 lain yang ajar step-step yang amat menyusahkan .
Jom ikuti step-step yang berikut :

1. Pergi ke Blogger Dashboard anda.

2. Klik Design > Edit HTML.

3. Tick checkbox di sebelah Expand Widget Templates.

4. Cari kod ini..

**Untuk memudahkan kerja mencari , tekan CTRL+F dan masukkan kod di atas.

5. Just below the above code, paste any of the below code snippet, and save the template ! (ceh, speaking .hehe)

----> Dapatkan kod-kod untuk kotak Share dan Like button di [SINI]

Aku dah cakap, mudah je nak buat ...
Harap korang faham tutorial ini.. Kalau tak paham boleh tanya di ruangan komen , aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab persoalan korang..
Sekian.. Peace (Y)

p/s: aku baru je tukar template LAGI, okay tak berbanding yang dulu ?

Harta Karun Bernilai Billion Dollar Dijumpai Bawah Kuil Di India

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Komando India mula mengepung kuil Hindu zaman pertengahan di selatan India selepas menemui syiling emas dan batu permata bernilai berbilion dolar di bilik kebal kuil tersebut. Harta yang dianggarkan bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil.

Sejumlah besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak, serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka minggu lepas, dan bilik kebal keenam dijadual dibuka tidak lama kemudian. Bekas hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee (RM66 bilion).

Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik kebalnya sejak itu. Wahhhhhh sapa sangka bawah kuil tue ada harta yang bernilai jutaan dollar. Kita tengok apa kerajaan India nak buat dengan harta sebanyak tue, harap dapat la tolong rakyat yg kemiskinan.

Antara barang yang dijumpai adalah:
  • Permata Ruby, sapphire, emerald dan mutiara
  • Replika tempurung kelapa dibuat daripada emas
  • Duit syiling emas dan perak pada kurun ke-16
  • Rantai emas sepanjang 18 kaki
  • Patung manusia daripada emas
  • Mahkota raja
  • Jongkong emas




P/s: Macam kisah Indiana Jones ..

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/07/harta-karun-bernilai-billion-dollar.html#ixzz1RdFww3hG --> Thanks BB !

Feature Terbaru Facebook:Free Video Call [TUTORIAL INSTALL]

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Beberapa minit yang lepas, aku baru je tahu yang Facebook melancarkan feature terbaru mereka iaitu Free Video Call dengan kerjasama syarikat Skype . Yee , aku tahu aku loading =.=
Tapi korang tak perlu berdaftar dengan Skype pun untuk menggunakan feature ini , ada Facebook je dah boleh guna . Mudah kan ?

Jom ikuti step-step yang berikut macam-mana nak buat Video Call dengan kawan2 FB kita :

1. Pergi ke link ini ---> http://www.facebook.com/videocalling

2. Klik pada butang yang aku bulatkan kat gambar bawah ni dan ikuti arahan-arahan yang dinyatakan untuk install feature video call ini . Install tak lama pun , sekejap je . Lebih kurang lima minit..


Selesai install , sekarang anda dah boleh menggunakan video call ni ... Pilih kawan di senarai chat dan tekan lambang video call .. Pastikan dia ada webcam ye , kalau tak , sampai bila-bila tak dapat , haha =.=

Tutorial mudah tetapi amat berguna .. kalau rasa informasi ini berguna, share dan like lah untuk perkongsian bersama rakan-rakan anda ..hehe
Sekian... Peace (Y)

p/s : tadi aku try video call dengan sedara aku [ni blog dia], patutlah tak dapat-dapat, rupanya dia guna laptop dia yang tak da webcam ..lol

SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET

Nak JOIN ? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Soalan Pertama :Cerita kenapa korang nak jadi protege Jamal dan kenapa Jamal patut pilih korang ?
Kenapa Zakwan nak jadi protege Jamal ? Supaya Zakwan mendapat tunjuk ajar yang SEPENUHNYA dan TIPS yang berkesan untuk menjadi blogger yang berjaya seperti Jamal .Seperti sekarang, Zakwan hanya menggunakan kaedah-kaedah biasa sahaja untuk mem-promote blog Zakwan iaitu blogwalking dan share entri di Facebook . Jadi , Zakwan harap apabila Zakwan menjadi protege Jamal, Jamal akan memberi TIPS macam mana nak tarik lebih ramai orang untuk singgah ke blog Zakwan .
Kenapa Jamal patut pilih blog Zakwan ?
Kerana Zakwan rasa sememangnya Zakwan memerlukan seseorang untuk memimpin Zakwan menjadi seorang blogger yang efektif bersesuaian dengan usaha Zakwan . Selain itu , Zakwan juga mudah untuk dipimpin , jadi senang la Jamal nak ajar Zakwan tips berblogging..he3
Tidak lupa juga ,Zakwan suka berkongsi informasi , latest trick dan tip mengenai komputer . jadi insyaAllah lebih mudah orang tertarik nak datang ke blog Zakwan, ditambah dengan tips2 apabila Zakwan menjadi protege Jamal , semakin menjadi-jadi lah orang singgah ke blog Zakwan :D

Soalan Kedua :Beritahu kekerapan korang update blog (sehari 1 entry ke or seminggu 1 entry ke)
Disebabkan Zakwan ni masih pelajar sekolah lagi , waktu-waktu cuti lah selalunya Zakwan paling kerap update entry ! Pernah satu hari tu sampai tiga entri ! Kalau waktu bersekolah dari hari Isnin sampai Jumaat , adalah 1-3 entri yang dihasilkan . Yelah , kerja sekolah mestilah diutamakan .. blog mestilah diketepikan sementara ..he3
Sabtu dan Ahad pula, 1 hari 1 entri ..
Tapi kalau Zakwan dipilih sebagai protege Jamal , insyaAllah , Zakwan akan cuba untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti entri :)


Dah jawab semua soalan Jamal , harap-harap Zakwan terpilih untuk menjadi Protege Jamal .
Sekali lagi , jom lah JOIN !! Jamal cakap , kalau ramai orang join , dia terpaksa tutup tengah malam ni , yelah , dia tak nak orang kecewa kalau tak terpilih ..
Btw, kemungkinan Jamal akan pilih 5 blogger sahaja sebab kalau ramai-ramai kang , susah nak bimbing ..

Sekian.. Peace (Y)
p/s : dah lama tak baca entri kat blog Jamal ,sebab kat Handphone tak boleh bukak blog jamaluddin.net .. Apa pasal ye ??!!

Hari Sukan SMKKGV kali ke-85 yang Awesome (Y)

Assalamualaikum ,salam sejahtera :)

Lebih kurang setiap hari aku kena staybag kat sekolah sebab hari sukan semakin hampir.
Aku tak masuk acara pun, aku ada try masuk Lompat Jauh tapi tarik diri sebab nak masuk pembarisan kawad Kadet Bomba .
Aku rasa masuk kawad lagi best, sebab tak sorang-sorang. Berkumpulan..


Bomba dalam barisan !semuanya segak dan bergaya ,hehe


Overall dua minggu ni memang penat gila ..minggu ni aku rasa tak da belajar langsung, except for chemistry .cikgu bersemangat nak ajar ,hehe
Apa-apa pun, aku sangat bangga melihat kerjasama pelajar menghadirkan diri untuk latihan rumah sukan. Tahun ni lah PALING RAMAI pelajar datang latihan rumah sukan tu pun sebab kena tahan tak boleh keluar sekolah, haha

Hari Sukan baru je diadakan hari ni iaitu dari pukul 7.50am hingga 12.30am ..
Memang penat ! Penat sangat sampai rasa nak demam.. Sedangkan aku masuk kawad je, tak sampai satu jam pun berkawad ,haha

Macam biasa ,setiap event penting yang terjadi kat sekolah mesti ada jualan oleh Kelab/persatuan sekolah, aku rasa aku belanjakan rm3 je, rekod bai ! Sebab selalunya aku boros habis ,save sikit duit aku hari ni sebab bawa bekal nasi goreng dari rumah ,hehe

Tepat-tepat je majlis berakhir ,hujan lebat turun ! Lepak kat Parkson main bowling jap dengan kengkawan..lepas tu pergi ke terminal bas untuk naik bas balik rumah x)

Ohh ,lupa nak maklumkan ,tahun Ni rumah Braddon(kuning) menang ! Aku rumah Seng Long(merah) ,tahun ni number 3 pulak .tapi aku still menyumbangkan satu mata untuk rumah Seng Long melalui acara merentas desa yang diadakan bulan 5 haritu kot ,Hehe


by the way, setiap rumah sukan disediakan sebuah khemah dan siapa yang hias paling awesome akan memenangi hadiah ! Tu khemah rumah Seng Long(merah), tema kitorang tahun ni Harry Potter :D ada rumah sukan tu ,temanya SHREK , macam2 ..hehe..tapi ,memang awesome (Y)



maskot rumah Seng Long..brader kat atas tu ada iras Harry Potter tak?hehe


Walaupun penat, aku enjoy hari ni ! Tahun depan merupakan tahun terakhir aku menyambut hari sukan sekolah sebab dah form 5, jadi aku berazam nak masuk acara ,apa2 acara je lah janji aku ada terlibat. Tinggi azam tu ,hehe

Sekian, peace
(Y)
P/s :next event penting di sekolah ,pertemuan tiga penjuru antara pelajar, guru dan ibu bapa. Ohh tidakk !! Sungguh menggerunkan =.=

OMG ,Blog aku di Portal Utusan !

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini :)

Ehh ,silap tajuk tu ,bukan blog aku ,tetapi NAMA dan GAMBAR AKU di Portal Utusan.hehe

Lebih kurang 2 bulan yang lepas ,aku gatal tangan untuk menaip 'Mohd Zakwan' dengan harapan blog aku berada di muka depan Google. Tetapi ,blog aku masih lagi tidak berkedudukan yang baik di Google, kena usaha lebih lagi ni !

Dalam aku carik2 ,tekan 'next page' untuk cari blog aku ,tiba-tiba aku ternampak satu link yang menarik perhatian aku kerana ada nama Mohd Zakwan dan Juga nama sekolah rendah aku. Aku macam nak terbeliak biji mata apabila tengok gambar aku berada di Portal Utusan !


aku yang pakai songkok,sebelah kanan ,barisan depan..hehe


Lepas aku ternganga jap tengok gambar tu, aku baca lah apa yang ditulis oleh Portal Utusan. Sekali lagi aku terkesima bila melihat nama aku, Mohd Zakwan B. Mohd Zain berada di situ ..
Klik SINI kalau nak baca apa yang membuatkan sampai nama aku terkeluar di Portal Utusan..

Tengok tu ,loading gila aku ni. Benda tu dah lama berada di Portal Utusan lebih kurang 4 tahun lepas ,tapi baru aku tahu tahun ni .

Disebabkan artikel itu ,aku teringat zaman aku di waktu sekolah rendah dulu, main sana sini, bergurau dengan kawan2, lompat tak tentu hala seperti kanak2 ceria, haha MEMANG BEST ZAMAN Budak2 !
Tapi kalau sekarang ni. .budak2 kecik dah jarang main luar ,semua duduk rumah online ,tak pun pergi CyberCafe ,dah kurang berinteraksi face to face .. wall to wall je skrang (facebook,hehe)..

Apa-apa pun ,cepat betul masa berlalu .Sekarang aku dah form4 ,tak lama lagi genaplah usia aku 16 tahun..nak dekat menghampiri zaman Universiti dah..
Gemuruh aku apabila aku berfikir apalah dugaan yang aku akan lalui masa aku besar kang..
Aku sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar segala urusan aku dipermudahkan..

P/s : asal aku rasa serius sangat eh buat entri ni ? Rasa lain macam..hehe

Lukisan Dibeli RM217,sekarang bernilai RM580.5 JUTA

Assalamualaikum ,salam sejahtera :)

Tadi terbaca satu artikel menarik ni di Surat Khabar Kosmo , nak juga berkongsi dengan anda semua .

Lukisan Salvator Mundi yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci (pelukis Terkenal)

LONDON - Sebuah lukisan yang dijual pada harga cuma $45 (RM217) dalam satu lelongan dikenal pasti sebagai karya seni pelukis terkenal Leonardo Da Vinci dan dianggarkan bernilai $120 Juta (RM580.5 Juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Lukisan minyak itu yang dinamakan Salvator Mundi atau Penyelamat Dunia menunjukkan imej(lihat gambar di atas) dikatakan Nabi Isa (kepercayaan Kristian) mengangkat tangan kanannya untuk memberi restu manakala tangan kirinya pula memegang sebuah glob.
Sebelum ini, ia dipercayai dilukis oleh pelajar Da Vinci tetapi sekumpulan pakar lukisan baru-baru ini mengesahkan bahawa lukisan tersebut adalah hasil seni Da Vinci sendiri.
"Kami cuma memerlukan sehari untuk mengesahkan lukisan itu adalah karya Da Vinci ketika memeriksanya di Galeri Nasional London," kata seorang pakar berkenaan, Profesor Pietro Marani.
"Dalam pasaran terbuka hari ini, lukisan itu dapat dijual dengan mudah pada harga $120 Juta kerana ia adalah satu karya yang unik," kata seorang pakar lukisan lain.
Da Vinci melukis lukisan itu pada 1506 selepas diminta oleh pemerintah Perancis, Raja Louis XII. Dia mengambil masa tujuh tahun untuk menyiapkannya. Lukisan itu dijual oleh Firma lelongan Sotheby di sini pada harga cuma $45 pada tahun 1958.
Ia kini dimiliki galeri seni halus Robert Simon di New York, Amerika Syarikat -Agensi

p/s : kalau macam tu lah , aku pun nak lukis something supaya dapat dijual oleh cucu-cicit aku pada masa depan . Dapatlah membantu diorang ..ha3
Kredit kepada surat khabar Kosmo .

Sekian.. Peace (Y)

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Photobucket
nak join ? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Seperti yang korang lihat di atas , aku nak masuk Giveaway yang dianjurkan oleh pemilik blog sayasibudakopto dan juga pemilik blog aurorachenta(kakak dia) .
Syarat nya sangat-sangat mudah . Tak percaya ?baca syarat2 nya kat bawah ni :

  • Beralamat di Malaysia dan mempunyai BLOG. [YES dan YES]
  • Follow dua blog berikut.
  • Buat satu entry bertajuk : SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG! [DONE]
  • Copy code banner GiveAway di atas dan letakkan di entri anda (dalam ruangan EDIT HTML). [DONE]
  • Tag sekurang-kurangnya 2 orang & pastikan dorang tahu yang dorang ditag. [SCROLL BAWAH DAN TENGOK SIAPA AKU TAG]
  • Hantarkan link entri anda di ruangan komen entry INI sahaja. [OKAY SAT]
  • Tarikh tutup penyertaan: 15 Ogos 2011. [BAIK BOS !!]


  • Aku dah cakap , senang je kan nak join?
    Selesai dengan syarat .. hadiah nya pula :

  • 5 hadiah utama dari Bandung dan Korea.
  • 10 hadiah saguhati dari Bandung.
  • 1 hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. ( Fridge Magnet dari Korea)


  • Aku tag blogger-blogger tersebut untuk Join ! Harap-harap anda semua join keyh .. Hadiah dari KOREA dan Bandung tu .. hehe


    Harap-harap aku menang Giveaway ini ..
    Sekian.. Peace (Y)
    p/s : aku peminat k-pop juga ^^ boleh mintak signature Yuri SNSD kat Korea tak ? ha3 xD

    Oh TIDAKK! Abang Izamir nak block aku D:

    Assalamualaikum, salam sejahtera :(

    ^
    |
    |
    |
    |

    Tengok tu , selalunya macam ni " :) " .. tapi entri kali ni macam " :( " pula ..
    Baca tajuk pun dah menunjukkan aku sangat kecewa sekarang ni ..

    Mesti semua orang kenal dengan pemilik website izamirridzwan.com kan ?
    Izamir Ridzwan lah sapa lagi . Aku ada add dia di Facebook .. Alhamdulillah dia accepted fried request aku..hehe

    Abang IR ni selalu juga lah update status di Facebook , jadi aku pun jari rajin meng-komen . Asal boleh aku nak komen seluruh status update dia .. tapi tak boleh , busy dengan homework <-- YEKE ? haha:D

    Tapi hari ni , aku telah buat sesuatu yang membuat Abang IR terasa hati . bukan hari ni je , malah dulu pun pernah juga .. jom tengok gambar ni dan lihat apa yang berlaku .. huih...sedih-sedih..

    Oh Tidakkkk !! Abang IR nak block aku !! Aku bergurau je kot :(
    Oh Tidakkkk !! Belum habis lagi commen-meng comment di atas .. ni sambungannya ..

    Alhamdulillah .. perkara ni berjaya diselesaikan ..
    Sorry ye Abang IR , memang aku ni kalau bergurau , amat kasar sikit ..
    Seperti kat atas tu , aku janji tak mahu bergurau camtu lagi ngan Abang IR ..tapi dengan orang lain masih boleh kan ? hoho

    Mintak maaf la tak samar-samarkan nama2 yang terlibat kat atas tu .. Harap korang tak marah .. tengah mengantuk ni , malas nak Edit gambar ..haha

    p/s : esok larian satu Malaysia satu Murid satu Sukan , doakan aktiviti esok berjalan dengan lancar .. sekian .. Peace (Y)

    Malaysia Book of Recods:1Murid 1Sukan 1Malaysia

    Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

    Aku ni masih pelajar lagi , umur baru je 16 tahun . Tarikh Lahir 11 Ogos 1995 <-- perlu ke ni ?haha
    Esok 2 Julan 2011 bersamaan hari Sabtu , ada satu event yang penting akan berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah di MALAYSIA . "1Murid 1Sukan 1Malaysia " Esok semua pelajar kena berlari ala-ala marathon sepanjang 1.5 km = 1500m . Tak da la jauh mana ..

    Ni semua angkara Perdana Menteri ke 6 kita ke arah memecahkan Malaysia book of records iaitu peserta larian paling teramai di Malaysia.
    Terima Kasih Dato' Seri Najib Tun Razak !!

    =.=" entri penuh kebingungan