Hari Sukan SMKKGV kali ke-85 yang Awesome (Y)

Assalamualaikum ,salam sejahtera :)

Lebih kurang setiap hari aku kena staybag kat sekolah sebab hari sukan semakin hampir.
Aku tak masuk acara pun, aku ada try masuk Lompat Jauh tapi tarik diri sebab nak masuk pembarisan kawad Kadet Bomba .
Aku rasa masuk kawad lagi best, sebab tak sorang-sorang. Berkumpulan..


Bomba dalam barisan !semuanya segak dan bergaya ,hehe


Overall dua minggu ni memang penat gila ..minggu ni aku rasa tak da belajar langsung, except for chemistry .cikgu bersemangat nak ajar ,hehe
Apa-apa pun, aku sangat bangga melihat kerjasama pelajar menghadirkan diri untuk latihan rumah sukan. Tahun ni lah PALING RAMAI pelajar datang latihan rumah sukan tu pun sebab kena tahan tak boleh keluar sekolah, haha

Hari Sukan baru je diadakan hari ni iaitu dari pukul 7.50am hingga 12.30am ..
Memang penat ! Penat sangat sampai rasa nak demam.. Sedangkan aku masuk kawad je, tak sampai satu jam pun berkawad ,haha

Macam biasa ,setiap event penting yang terjadi kat sekolah mesti ada jualan oleh Kelab/persatuan sekolah, aku rasa aku belanjakan rm3 je, rekod bai ! Sebab selalunya aku boros habis ,save sikit duit aku hari ni sebab bawa bekal nasi goreng dari rumah ,hehe

Tepat-tepat je majlis berakhir ,hujan lebat turun ! Lepak kat Parkson main bowling jap dengan kengkawan..lepas tu pergi ke terminal bas untuk naik bas balik rumah x)

Ohh ,lupa nak maklumkan ,tahun Ni rumah Braddon(kuning) menang ! Aku rumah Seng Long(merah) ,tahun ni number 3 pulak .tapi aku still menyumbangkan satu mata untuk rumah Seng Long melalui acara merentas desa yang diadakan bulan 5 haritu kot ,Hehe


by the way, setiap rumah sukan disediakan sebuah khemah dan siapa yang hias paling awesome akan memenangi hadiah ! Tu khemah rumah Seng Long(merah), tema kitorang tahun ni Harry Potter :D ada rumah sukan tu ,temanya SHREK , macam2 ..hehe..tapi ,memang awesome (Y)



maskot rumah Seng Long..brader kat atas tu ada iras Harry Potter tak?hehe


Walaupun penat, aku enjoy hari ni ! Tahun depan merupakan tahun terakhir aku menyambut hari sukan sekolah sebab dah form 5, jadi aku berazam nak masuk acara ,apa2 acara je lah janji aku ada terlibat. Tinggi azam tu ,hehe

Sekian, peace
(Y)
P/s :next event penting di sekolah ,pertemuan tiga penjuru antara pelajar, guru dan ibu bapa. Ohh tidakk !! Sungguh menggerunkan =.=

8 comments:

PeRmAtA bIrU said...

wah teringat time sekolah dulu... mampu masuk lontar peluru jer..hhehe..macamna pon best sebab dapat kepercayaan guru rumah sukan jadi pengurus rumah sukan..hhehe.. semua kenangan masa form 4..honeymoon years... termasuk la kena pecat dari ajk unti trafik sebab x masuk kawat...hahahah...

diana amin said...

suker gak tyme skolah dulu.. tringt :)..aktif sukan gak
klu lah bley jd budak skolah lagi

Nuril Arbain said...

Hebat (: pandai buat tema HARRY POTTER :D

Mohd Zakwan said...

Permata Biru : form 4 honeymoons year ? cikgu skolah Zakwan mana bagi rehat2 .haha ....

Mohd Zakwan said...

Diana : andai masa dapat diputar kembali .. malangnya tidak ..hehe..

Mohd Zakwan said...

Nuril :bukan aku yang rancang ..hehe .. ada tu buat SHREK ooo , lagi awesome kot .ho3

the silly milly person :) said...

SENG LONG! MEADE! diorang punya maskot SHREK awesome kan ? :DD rasanya tahun ni punya kejohanan lagi seronok berbanding tahun lepas ..

Mohd Zakwan said...

agakla :D