Harta Karun Bernilai Billion Dollar Dijumpai Bawah Kuil Di India

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Komando India mula mengepung kuil Hindu zaman pertengahan di selatan India selepas menemui syiling emas dan batu permata bernilai berbilion dolar di bilik kebal kuil tersebut. Harta yang dianggarkan bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil.

Sejumlah besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak, serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka minggu lepas, dan bilik kebal keenam dijadual dibuka tidak lama kemudian. Bekas hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee (RM66 bilion).

Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik kebalnya sejak itu. Wahhhhhh sapa sangka bawah kuil tue ada harta yang bernilai jutaan dollar. Kita tengok apa kerajaan India nak buat dengan harta sebanyak tue, harap dapat la tolong rakyat yg kemiskinan.

Antara barang yang dijumpai adalah:
  • Permata Ruby, sapphire, emerald dan mutiara
  • Replika tempurung kelapa dibuat daripada emas
  • Duit syiling emas dan perak pada kurun ke-16
  • Rantai emas sepanjang 18 kaki
  • Patung manusia daripada emas
  • Mahkota raja
  • Jongkong emas




P/s: Macam kisah Indiana Jones ..

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/07/harta-karun-bernilai-billion-dollar.html#ixzz1RdFww3hG --> Thanks BB !

2 comments:

shafiqabdshukor said...

kaya la org yg jumpe tu..

Mohd Zakwan Zain said...

tula pasal .. memang kaya lah orang yang jumpa tu..sampai ke anak cucu pun belum tentu habis...hoho