Lukisan Dibeli RM217,sekarang bernilai RM580.5 JUTA

Assalamualaikum ,salam sejahtera :)

Tadi terbaca satu artikel menarik ni di Surat Khabar Kosmo , nak juga berkongsi dengan anda semua .

Lukisan Salvator Mundi yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci (pelukis Terkenal)

LONDON - Sebuah lukisan yang dijual pada harga cuma $45 (RM217) dalam satu lelongan dikenal pasti sebagai karya seni pelukis terkenal Leonardo Da Vinci dan dianggarkan bernilai $120 Juta (RM580.5 Juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Lukisan minyak itu yang dinamakan Salvator Mundi atau Penyelamat Dunia menunjukkan imej(lihat gambar di atas) dikatakan Nabi Isa (kepercayaan Kristian) mengangkat tangan kanannya untuk memberi restu manakala tangan kirinya pula memegang sebuah glob.
Sebelum ini, ia dipercayai dilukis oleh pelajar Da Vinci tetapi sekumpulan pakar lukisan baru-baru ini mengesahkan bahawa lukisan tersebut adalah hasil seni Da Vinci sendiri.
"Kami cuma memerlukan sehari untuk mengesahkan lukisan itu adalah karya Da Vinci ketika memeriksanya di Galeri Nasional London," kata seorang pakar berkenaan, Profesor Pietro Marani.
"Dalam pasaran terbuka hari ini, lukisan itu dapat dijual dengan mudah pada harga $120 Juta kerana ia adalah satu karya yang unik," kata seorang pakar lukisan lain.
Da Vinci melukis lukisan itu pada 1506 selepas diminta oleh pemerintah Perancis, Raja Louis XII. Dia mengambil masa tujuh tahun untuk menyiapkannya. Lukisan itu dijual oleh Firma lelongan Sotheby di sini pada harga cuma $45 pada tahun 1958.
Ia kini dimiliki galeri seni halus Robert Simon di New York, Amerika Syarikat -Agensi

p/s : kalau macam tu lah , aku pun nak lukis something supaya dapat dijual oleh cucu-cicit aku pada masa depan . Dapatlah membantu diorang ..ha3
Kredit kepada surat khabar Kosmo .

Sekian.. Peace (Y)

6 comments:

ChocoBun said...

selaku seorang manusia hebat, aku mengkomen:

mcm rupe monalisa lah gambar tuhh

Mohd Zakwan Zain said...

Athirah : ye ek ? Monalisa yang di-lelaki kan kot ... haha ..

nurul elma afzhan said...

waaaaaa...
mahal nye...
:)

ArDy ReChiE said...

Lukisan tu memang hak milik Da Vinci.. Lebih kurang lukisan Monalisa... :))

Mohd Zakwan Zain said...

Mama : mahal kan.. Baik beli rumah drpd lukisan kan? Haha

Mohd Zakwan Zain said...

Ardy : agak ar.. Dah 2 orang cakap mcam muka monalisa ..hehe