Pendapat Aku: Benda Yang Tak Penting Dan Penting di Blog

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Semalam merupakan hari yang paling banyak aku blogwalking ke blog orang ! Sebab ape ye ?
Sebab semalam aku ada join segmen yang dianjurkan oleh Abang Ben iaitu "Ben Ashaari Ajak Tukar Link" . Klik SINI untuk tengok Post berkenaan .

Alhamdulillah , ada juga yang nak bertukar link dengan blog aku yang tak seberapa ni .Ingat kan tak da langsung.

Pesanan buat mereka yang sudi bertukar link dengan blog Zakwan , thank you sebab sudi dan sentiasa lah singgah membaca entri di blog ini ye! hehe

Dalam aku berjalan-jalan ke blog mereka-mereka yang berkenaan, ada blog tu memang cantik , kemas dan tak semak dengan gadget yang tak penting . Pada masa yang sama juga, sudah semestinya ada blog-blog yang buat aku menunggu untuk habis loading...

Ikutkan hati nak je aku tekan butang "X" , tapi bila difikirkan semula, diorang semua dah singgah dan sudah follow blog aku , takkan lah nak buat begitu kan ?! TAK BAIK !!!! Budi baik hari dibalas BAIK .

Aku ni bukanlah blogger terkenal , blogger hebat mahupun blogger yang menjadi idola semua . Cuma , kat sini aku nak beritahu serba-sedikit benda yang aku rasa korang patut buang/musnahkan/hancurkan/binasakan/delete-kan daripada blog korang sebab pada pandangan aku , benda-benda inilah yang membuatkan blog korang lambat loading dan juga menyebabkan ramai orang tekan butan "X" :


1. KALAU BOLEH , REMOVE GADGET JAM

Gadget Jam ni pada pandangan aku adalah paling tidak penting ! Yelah , semua laptop/pc dah ada tunjuk masa kat bawah tu kan{lain lah kalau laptop/pc korang takde Jam,hehe} . Jadi buat apa lagi tunjukkan masa . Tapi kalau korang nak letak juga , siapalah aku untuk menghalang ?


2. KALAU BOLEH , REMOVE GADGET MUSIC PLAYER

Tahukan nak tunggu lagu habis loading memakan masa(macam tengok video kat youtube, tunggu habis streaming) ? Jadi buat apa nak memberatkan blog korang dengan gadget Music . Selain memakan masa , ia juga akan menggangu orang lain iaitu pengunjung blog korang . Ada orang tu suka bukak music player kat pc/laptop diorang time tengah online. Bila terdengar lagu/music lain kat blog korang , tak ke menggangu tu ? Tapi kepada mereka yang nak letak juga music player , letakkan music player kat atas sikit atau tempat yang senang orang nampak[macam blog budak INI] supaya senang nak 'pause' .
Tapi kalau korang berdegil juga, siapalah aku untuk menghalang ?


3. KALAU BOLEH , REMOVE EFFECT MOUSE CURSOR

Ada tu kalau kita pergi ke blog mereka, mouse cursor nye bukan main cantik dengan Effect seperti bubble , ada tu letak nama mereka dan pelbagai lagi la . SUMPAH MENYEMAKKAN PANDANGAN . Time aku nak baca entri korang , mouse cursor tu seakan-akan menggangu dan membuat aku terus hilang mood nak baca entri di blog korang . Tapi kalau korang nak letak juga, siapalah aku untuk menghalang ?


4. KALAU BOLEH , TULIS TU BIAR ORANG PAHAM

ni lah second blog post aku , hehe .

Benda ni selalu nye terjadi kepada mereka-mereka yang baru nak start berblogging . Tulisan shortform bukan kemain banyak (second post blog aku macam tulah , hehe). Tolonglah tulis dengan ejaan yang betul dan tak memeningkan orang untuk membacanya. Lainlah kalau private blog, korang sendiri je yang baca . Tapi kalau korang nak buat juga, siapalah aku untuk menghalang ?


5. KALAU BOLEH, SETIAP ENTRI LETAKLAH GAMBAR
Gambar ni seperti 'pencukup rasa' di blog korang . Kalau entri tak de gambar , korang tertarik ke nak baca ? Korang sanggup ke baca sampai habis ? Kalau sanggup tahniah lah -.-''
Letak la gambar sikit-sikit supaya tak bosan/tido orang membacanya .Dan kalau letak gambar tu , biarlah ada kena mengena dengan apa yang korang nak sampaikan . Jangan cakap pasal Ayam, gambar Kambing pula yang korang letak . APE KESS ??!
Tapi kalau korang tak nak juga , siapalah aku untuk menghalang ?


6. KALAU BOLEH, TEMPLATE/BACKGROUND BLOG JANGAN BERSERABUT
Korang kena pandai pilih template yang sesuai dan tidak serabut . Template yang korang pilih tu kalau boleh biarlah nampak tulisannya , jangan memikirkan tentang 'kecantikan' dan 'kehandsome an 'nye sahaja . Nanti orang nak baca entri pun tak boleh =.=''
Lagi simple , lagi bagus. tapi kalau korang nak buat juga, siapalah aku untuk menghalang ?


Demikian lah pendapat aku tentang benda-benda yang tak perlu dan perlu di blog setiap orang .
Secara jujur, kesemua benda tersebut pernah aku buat waktu aku mula-mula berblogging dulu. Tapi semakin hari , aku cuba untuk meningkatkan prestasi blog aku dan menerima pendapat semua orang dengan hati yang terbuka . Percayalah , kalau korang ikut apa yang aku katakan tadi , insyaAllah semakin hari semakin ramailah yang mengenali blog korang.

Sekian ... PEACE (Y)

p/s: kepada yang terasa , mintak maaf ye , no hard feeling :)
Nak tanya juga , blog aku okay tak ? hehe

20 comments:

Izmel Azim said...

aku letak music gadjet still ringan je xP

misscha said...

slalu blogwalking, tetibe mak kau terkejut aku!!!! sore org nyanyi2 rupenye widget mp3...dah la bukak speaker.......owhh my jantoong...

Haris Kaito said...

perghh...dah boleh jadi blogger hebat nie...he3...

Anonymous said...

setuju2 terlalu byk aksesori merimas kan tp sapa la kite tuk menghalang. huhuhu

Budak Botak said...

He3, dah biasa dah jumpa bila berblogwalking...

zahidah seran said...

blog I bersih dari widget yang listed tu kot.
alalala tapi, no 5 tu susah sikit...hahaha.
memang jarang letak gambo. kalo rajin baru letak.

Mohd Zakwan Zain said...

Izmel : ringan ? kan gadget kat blog kau SIKIT GILA .tula ringan .hehe

Mohd Zakwan Zain said...

Misscha: haha , lagu seram ke waktu tu ? haha

Mohd Zakwan Zain said...

Haris : banyak lah kau ,hahaha

Mohd Zakwan Zain said...

Jiejah : tula pasal , siapalah kita kan .hehe

Mohd Zakwan Zain said...

Budak Botak: memang dah biasa jumpa pun.. harap-harap diorang semua buat tindakan .hehe

Mohd Zakwan Zain said...

MRS Redzuan : apa salahnya , letak je satu gambar satu entri .Tak susah sangat ,hehe
Tapi kalau tak nak juga, siapa lah aku untuk menghalang ? hahaha xD

Unknown said...

singgah2 la blog akak dan baca la entry yang kebanyakan nya tak de gambar..
hehehehe...

tak de gamba pun ada yang datang..
tak tau la apa yang ada kat blog akak tu..:p

Mohd Zakwan Zain said...

Kak Diana : mungkin sebab akak diorang datang singgah .bhahaha , gurau je XD

Nilam suhana said...

ya lah.. saya dah reduce sikit2 semua tu..heheh.. bagus2 entri nih...dapat kemaskini blog..bagi budak baru macam sy..

Luqeem™ said...

yup..tips bgus!..

Mohd Zakwan Zain said...

Permata Biru : bagus lah membuat tindakan ! Thanks ye sudi baca dan terima pendapat saya.hehe :)

Mohd Zakwan Zain said...

Luq At Your Words : Thanks :) senantiasa lah singgah untuk baca entri di blog Zakwan.hehe

ciklaili said...

terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yg tak seberapa tu :)

Mohd Zakwan Zain said...

sama2 :)