TODAY 14 MAY : CHOIR COMPETITION

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Aku ni dah lama juga lah berkecimpung dalam kumpulan Choir Sekolah.
Sejak aku form 2 KOT aku masuk Choir/Koir , Sekarang dah Form 4 .
Yang bestnya masuk Koir ni , dapat pengalaman menyanyi secara berkumpulan .

Hari ni merupakan pertandingan Koir peringkat Zon . Sekolah aku (SMK King George V) mengambil bahagian . Cuma ada lima buah sekolah je yang bertanding .

Kitorang hanya berlatih SATU MINGGU JE untuk pertandingan Koir ni . Singkat kan ?
Sebenarnya , setiap minggu ada latihan iaitu pada hari Selasa. Tapi , faham-faham la, orang penat/malas/nak belajar/ macam-macam alasan lah !!

Aku pun tak datang. haha
Aku pergi main Badminton dengan budak-budak Badminton hari Selasa .

Tahun ni , banyak students Form 1 yang masuk , bagus lah tu , aku pun tak lama lagi nak berambus dari sekolah ni (ayat kasar lain macam). I mean , yelah tahun depan dah Form 5, lepas tu habis sekolah !! Kalau lagi banyak Junior masuk kumpulan choir, nanti adalah pelapis masa depan. hehe

Seperti yang aku cakap tadi , hanya Lima Buah Sekolah Bertanding .
Yang tak puas hati nya, ada sebuah sekolah tu (terlupa nama sekolah tu apa) , secara jujur aku cakap LANGSUNG TAK SEDAP. Tapi dapat number 4 -.-''

Sekolah SMK King George V dapat tempat ke berapa ???!!

Cuba anda semua teka, tempat ke-1 ke , ke-2 ?

JAWAPANNYA : entah , dah lupa (buat-buat lupa xD )

Apa yang penting hari ini , semua ahli kumpulan Koir dah lakukan yang terbaik ! Seminggu je berlatih , tapi hasilnya macam orang berlatih sebulan !! hehe

OHHH , lupa nak bagitahu , pertandingan kali ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang. Tahun lepas pun pertandingan kat sini juga . bosan ~

Sebenarnya, pertandingan ni bukan Khusus untuk Koir sahaja, banyak lagi kategori . Contoh kategori yang lain : Nyanyian SOLO lelaki dan perempuan, Tarian , tu je KOT ?

'PESTA MUZIK' , bukan 'PESTA KOIR' . hehe

Jom tengok persiapan kitorang semua sebelum pergi ke Tempat pertandingan :

kitorang duduk kat satu kelas untuk settle kan make-up, pakaian semua (kat sekolah SMKKGV)





dan yang di bawah ini pula Gambar SELEPAS pertandingan ( dalam bas nak balik )


HAHA , gambar belakang kepala orang je sempat aku tangkap xD

Bas yang kami semua naiki ni bukan menuju ke Sekolah sebenarnya, tapi ke KFC .
YESS ! KFC !!
Cikgu yang iring pasukan Koir yang belanja kami semua :)
Terima kasih Cikgu SAFRIZAN !!

Dah sampai je rumah , aku Layan Tidur beberapa JAM. huih , penat !


p/s : Mintak maaf gambar tak berapa clear. Guna camera handphone je.
Anda semua pernah masuk KOIR tak ? best ? hehe

Sekian :)

2 comments:

Danish Fairoz said...

Haritu aku senyap senyap tinjau kau dari library. PAstu kau check, aku sorok kat tepi,.

Mohd Zakwan Zain said...

Aku nampak TAM ada la..haha