Bulan Atas KAABAH pada 9.15am adalah HOAX

Assalamualaikum, salam sejahtera .

Pernah terbaca di Facebook atau ada menerima sms dari rakan kenalan mengatakan bahawa Bulan akan berada di atas Kaabah pada pukul 9.15am hari Jumaat(semalam) ?

Itu semua adalah HOAX(penipuan) dan tidak tepat langsung.

Sesiapa yang tahu menggunakan perisian astronomi , cuba set kan pada waktu dan lokasi di Mekah .
Bulan bukan berada di atas Kaabah . Bulan akan berada pada 40° di kaki langit .

Maka info ini tidak tepat sama sekali dari sudut Astronomi !



Tarikh dan waktu yang paling tepat Bulan akan berada di Atas KAABAH adalah pada pukul 5.16pm waktu Malaysia dan tarikh nya ialah hari ini (28 Mei 2011) .

Peristiwa bulan berapa tepat di atas Kaabah ini lebih dikenali sebagai Matahari Istiwa di atas Kaabah (Istiwa Adzam).

Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek tegak lurus akan membetuli arah kiblat .
Matahari Istiwa di atas Kaabah berlaku dua kali dalam setahun .selain daripada pukul 5.16pm hari ini (28 mei), ianya juga akan berlaku pada bulan Julai atau tarikh yang paling tepat 16 Julai 2011 pada pukul 5.28pm waktu Malaysia.

Ada pihak yang mengatakan bahawa doa kita akan dimakbulkan apabila berdoa pada waktu-waktu tersebut.
Kenyataan yang lebih tepat adalah solat yang dilakukan adalah lebih Afdhal dan doanya lebih dikabulkan.

Jadi ,sama-samalah kita menginsafi keEsaan Allah SWT yang mengawal cakerawala tanpa cacat cela.
Mudah-mudahan ,segala perbuatan kita dipermudahkan, InsyaAllah.

Sekian ,terima kasih kerana membaca dan amat dijemput untuk share supaya semua orang mengetahui informasi yang sebenarnya .hehe :)

Sumber dari Falak Online

No comments: