Zack and Cody dah besar..

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Pernah tak tengok cite The Suite of Zack and Cody di Disney Channel waktu dulu ?
Yang pernah tengok tu ,kita sedia maklum yang bintang nya merupakan 2 orang budak bernama Zack and Cody .
Mereka berdua adalah kembar ,tengok muka pun dah tahu.

tu diaa..zack di sebelah kiri ,cody di sebelahnya


Sedara aku (Izmel) yang memperkenalkan cite ni kepada aku , memang best juga lah cite ni.

Sedikit Sinopsis mengenai cite The Suite Life of Zack and Cody :
Mengisahkan dua orang budak yang nakal tetapi baik , selalu membuat huru-hara di hotel yang didudukinya .Diorang berdua ni duduk kat hotel dengan emak diorang (aku tak tahu kenapa ,diorang takda rumah ke?) .
Setiap episod mesti ada je huru-hara/masalah yang ditimbulkan oleh Zack and Cody sampaikan pemilik/pengurus hotel tersebut yang bernama Mr. Moseby pening melayan karenah mereka.
Cite ni memang kelakar , series kelakar !

Tapi sekarang, diorang (Zack and Cody) dah membesar .
Cite The Suite Life of Zack and Cody telah pun ditamatkan.
Tetapi ,sekual/sambungan cite ni tetap ada !

Kali ini menampilkan Zack and Cody yang sudah meningkat remaja ,diorang dah ada kawan baru,dah ada awek(cewahh) dan juga berada di tempat baru iaitu di sebuah kapal .Tajuk cite ini pun telah diubah suai sikit iaitu , The Suite Life on Deck .
Yang aku peliknye, Mr. Moseby (pemilik hotel tu) ada pulak dia kat kapal ni .hahahaha ,

Masa diorang berlakon masa budak-budak dulu(sekarang dah remaja), muka memang sebijik .tapi sekarang tidak lagi . Zack nampak gemuk sikit apabila remaja manakala Cody pula tinggi dan kurus .Dah tak nampak sama sangat sekarang.
Tengok gambar di bawah :

di sebelah kiri ,Zack. Di sebelah kanan pula of course la Cody


Emm ,apa-apa pun still layan juga cite ni.

Lupa nak bagitahu ,nama sebenar Zack ialah Dylan Sprouse manakala Cody nama sebenarnye Cole Sprouse.
Kepada yang tak pernah tengok cite The suite life on Deck , try la tengok .Gerenti layan ,hehe

P/s : kenal tak Zack Efron yang berlakon dalam cite High School Musical tu ? Aku ingat dia ialah Zack (the suite life) waktu dah besar.

tula Zack Efron ,ada iras muka Zack sikit kan? Haha


wahaha, biasalah,waktu tu masih mentah ,apa aku tahu?hehe

Terima kasih sudi baca :)

8 comments:

ilman hizami said...

dh lame x lyan citer nie.
skrng tekan info bce tjok je.
haha.
:D

Mohd Zakwan said...

Ilman ,asal dah tak layan? Boleh tahan apa cite terbaru ni.haha

syrupmasin said...

ohh ade lagi cite nih..budak2 suke lah :D

ilman hizami said...

well. dh 17th.
channel pon kene tuka la.
hehe.
lyan star world ngn mtv jeh.
:)

Mohd Zakwan said...

syrupmasin : memang ada lagi cite budak2 ni ,tapi aku masih layan je walaupun dah 16 .haha

Mohd Zakwan said...

Ilman : ohh dah layan channel lain , hehe

diana amin said...

bez! :)

Mohd Zakwan said...

diana:Hehe ,like ar .hahaha xD